? ??????????????Thug Bob? ????? ?? ???Rating: 4.5 (11 Ratings)??122 Grabs Today. 4898 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????????You Drive Me Crazy? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??37 Grabs Today. 916 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 15, 2010

ISL MINGGU 2 - TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom (domain kognitif)
-Penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif)
-Menekankan domain kognitif
-Aspek pengetahuan:Fakta, Teori, Hukum
-Tujuan:Membina kebolehan, pemikiran dan pemahaman
-Contoh soalan: Beri pendapat....../ menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi.

6 peringkat dalamTaksonomiBloom:
1.Pengetahuan
2.Kefahaman
3.Aplikasi
4.Analisa
5.Sintesis
6.Penilaian

Perhatian: Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom tidak semestinya diaplikasikan/diterjemahkan dalam bentuk soalan secara kesemuanya sekaligus tidak kira untuk mana-mana tahap.

PERINGKAT
1.PENGETAHUAN
-Tujuan:mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan.
-Objektif am: mengetahui Objektif khusus/spesifik: melabelkan, menyatakan, menuliskan, menamakan
-Aras pengetahuan:Apa, siapa, bilakah, nyatakan, terangkan
-Perhatian: soalan berbentuk negatif (mengandungi perkataan kecuali) tidak boleh
melebihi 20% dalam pembinaan soalan.


2.KEFAHAMAN
-Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara
-Aras tinggi sedikit daripada peringkat pengetahuan.

Aras:
1.Menterjemahkan isi kepada huraian
2.Memberi tafsiran/ makan sesuatu maklumat.
3.Aras ektrapolasi (tafsiran yang dibuat lebih panjang daripada aras memberi tafsiran)4.Tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

Tujuan:
1.Memahami sesuatu
2.Menjelaskan/ menjangka kemungkinan
-Objektif am:-Memahami, menjelaskan, menterjemahkan, menelaah
-Objektif khusus/spesifik:-Menjelaskan, menerangkan, membezakan, merumuskan, menulis, meringkaskan,
-Jenis:Jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan
-Contoh: meringkaskan cerita karangan/ perkataan berlawan atau perkataan seperti.
*Apabila kita faham, kita boleh jelaskan contoh soalan membezakan: kebaikan tinggal di kampung daripada di bandar

3.APLIKASI
-Penggunaan maklumat
-Tujuan:
1. Untuk pengetahuan mujarat (abstrak)
2.Untuk menyelesaikan masalah/ situasi yang abstrak kepada konkrit(maujud)
Objektif am:-Menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan.
Objektif khusus/spesifik:-Menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.
-Jenis: Bagaimana../Berikan..Aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori.
-Contoh soalan: Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau?
Perbincangan mengenai perkaitan di antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian
dengan Taksonomi Bloom serta Domain Krahtwol.....
-membantu bagaimana untuk mendapatkan tahap/kemajuan mengikut p&p yang dirancang.
-membina soalan berdasarkan panduan mengikut aras yang telah ditetapkan.


4.ANALISA/ANALISIS
-kebolehan menceritakan dan meyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
Tujuan:-menaakul sebab-meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
-Contoh soalan= Berikan sebab atau faktor.......
Objektif am-menjelaskan, menilai kerelevenan data, mencerakinkan, menaakul..
Objektif spesifik-mencerakinkan,mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi
-Contoh soalan= yang manakah tidak menggunakan kata kerja dengan betul
-Kosa kata popular-Bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan-sebab,mengapa, huraikan-menaakul-mencerakinkan


5.SINTESIS
-mencantumkan. menghubungkan,mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan.
-Tujuan-membentuk sesuatu yang baharu
Objektif am-menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan,menghasilkan karya
Objektif spesifik-menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta
-Contoh= diberi perkataan "inisiatif"..maka pelajar hendaklah membuat ayat berdasarkan perkatan tersebut.
-Kosa kata popular-gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan
-Contoh-Senaraikan beberapa cara kamu untuk mengatasi masalah itu...-Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan...


6.PENILAIAN
-menguji kebolehan calon
-membuktikan, menilai, mengesahkan, memberi pendapat sesuatu penyataan dll..
-Tujuan-membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.
Objektif am-menimbang nilai, ketekalan dan kecukupan data.
Objektif spesifik-menilai, membuat pertimbangan.
-Jenis-sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.
-Contoh= Berikan pendapat...
-Kosa kata popular-nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan
-Contoh soalan-Pada pendapat kamu...

Thursday, January 7, 2010

ISL MINGGU 1 - PENGERTIAN & KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN & PENILAIAN

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGERTIAN DAN KONSEP

Pengujian

* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.
* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.
* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.


Tujuan pengujian adalah seperti berikut:

  • Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
  • Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
  • Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
  • Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:

  • Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
  • Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
  • Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
  • Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.


Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:

  1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
  2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
  3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.